Wednesday, June 11, 2008

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA

(sumber: My Friendster Bulletin)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuk artikel ini, semestinya cukup terkesan dengannya. Sebelum anda mengeluarkan rasa ketidak-puasan hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan di bawah. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, harap dapat diperbetul. (boleh hantar pada ruangan komen di bawah)

1.Perempuan itu tidak guna kain yangnipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian,adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendahakhlaknya. Lelaki atau perempuan yangbercakap menggunakan perkataan yangburuk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yangbaik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung lilit, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya(tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentuk untuk menarik perhatian lelaki yang ada penyakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Makajanganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik "'Tunduk'' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat solek (make-up) untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipbalm sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


P/s: Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, harap mendapat teguran dan pembetulan.. Syukran laka

Allahua'lam...

Tuesday, June 10, 2008

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

  1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
    bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
    ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
    karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
    TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
    kepada ALLAH.
  2. Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
    untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
    penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
    setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
    menerima kemulian dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
    rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
    maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
    kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
    kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
    kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
    ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
    sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
    hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
    sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
    ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
    takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
    sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
    air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
    yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
    melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
    memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
    mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
    tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
    beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
    berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
    adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
    jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
    yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
    yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
    menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
    dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
    sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
    yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
    takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
    pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
    mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
    menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
    kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
    berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
    kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
    diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
    sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
    memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
    manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
    belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
    orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
    para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
    mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
    bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
    tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
    bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
    banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
    mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
    sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
    pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
    dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
    engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
    demikian, maka berhati hatilah.
  17. Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
    serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
    disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
    orang lain yang pernah memberikan barang yang
    berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
    dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
    sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
    mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
    sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
    mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
    riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
    urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
    saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
    dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
    hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
    mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
    kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
    diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
    mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
    bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
    engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
    engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
    janganlah mensia siakan hartamu.

  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
    disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
    berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
    dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
    menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
    alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
    kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
    nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
    dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
    lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
    keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
    untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
    ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
    akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
    Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
    meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
    makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
    engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
    dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Pengenalan kepada PKPIM


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (Pendaftaran 1569 Selangor) pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang.



Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam dipersekutuan Tanah melayu.



Penubuhannya di peringkat awal bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara.Bermulanya kesedaran tentang perlunya sebuah persatuan pelajar Islam adalah ekoran daripada "Seminar Pelajar-Pelajar Islam se-Malaya" yang diadakan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya yang buat pertama kalinya dianjurka atas nama Islam. Perwakilannya terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaya, Indonesia, Singapura, serta para jemputan dari Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon.



Antara resolusi seminar tersebut ialah perlunya persatuan pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu. Seminar tersebut juga menjadi cetusan awal gagasan penubuhan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf universiti.Jawatankuasa seminar tersebut telah diberi mandat membentuk Jawatankuasa Perancang Penubuhan PKPIM yang bertanggungjawab membincangkan pembentukkannya dan merangka perlembagaan PKPIM. Akhirnya pada 31 Mac 1961, bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) telah berjaya ditubuhkan dengan 5 buah badan gabungan dan tanggal 27 Jun 1961 seterusnya PKPIPTM didaftarkan sebagai pertubuhan pelajar Islam yang sah.



Tidak dinafikan, sebelum lahirnya PKPIM terdapat beberapa persatuan yang cyba mewakili aspirasi pelajar, misalnya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) yang ditubuhkan pada 15 Mac 1958. Namun, kedua-dua persatuan awal tersebut tidak dapat diterima khususnya oleh pelajar-pelajar yang mewakili visi Islam yang sederhana sifatnya. Akibatnya PKPM hanya tinggal nama sahaja meskipun GPMS masih terus benafas dengan semangat nasionalisnya.



Penubuhan PKPIM diperingkat awal disambut dengan baik oleh pelbagai pihak, momentum yang kuat ini juga menjadikan PKPIM turut disokong oleh GPMS kerana Persatuan yang wujud di atas perjuangaan Melayu itu, mengharapkan agar PKPIM dapat memainkan peranannya yang penting untuk meningkatkan lagi syiar Islam dikalangan pelajar-pelajar Malaya. Sokongan itu telah diputuskan di persidangan GPMS ke-13 di Johor Bahru pada tahun 1961.



Atas dasar mewujudkan gerakan pelajar yang diwakili secara menyeluruh oleh semua pelajar Islam, beberapa pimpinan GPMS turut serta dalam dalam jawatankuasa perancang penubuhan PKPIM. Walau bagaimanapun hubungan baik ini hanya wujud diperingkat awal sahaja. Melalui pertengahan tahun 60-an kedua persatuan ini mengambil pandangan dan pendekatan yang berbeza dalam beberapa isu antaranya isu anti Tengku (1969), isu Telok Gong (1967), isu autonomi Universiti (1971), isu anti rejim Thanom Kitikachorn (1971) dan beberapa isu nasional lainnya.Kekuatan PKPIM terletak pada iltizam dan komitmen serta kesediaan ahlinya untuk menggerakkan PKPIM dengan konsep dakwah tanpa sebarang kepentingan diri.



Dasar Perjuangan sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat. Asas ini dinyatakan dengan jelas seperti yang dinyatakan dalam “symposium Pemimpin Pelajar PKPIMke-2” yang diadakan pada bulan Februari 1978 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



PKPIM turut menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah-masalah isu antarabangsa seperti Palestine, umat Islam minority di Patani, isu Afghanistan, isu umat Islam Filipina dan sebagainya. PKPIM pernah menerbitkan isu khas SUARA MAHASISWA dan demonstasi aman pelajar pada tahun 1971 atas lawatan Perdana Menteri Thailand Tun Thanom Kitikachorn.



Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966. Seterusnnya disusuli dengan Seminar Peradaban Islam pada tahun 1967 anjuran Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaysia (PPKIM), badan gabungan PKPIM. Salah satu kertas kerja yang dibentangkan ialah “Konsep Universiti Islam” yang dibentang oleh al-Marhum Prof. Dr. Ungku Omar.



Usaha PKPIM yang seterusnya ialah menjadi penaja Kongress Universiti Islam pada bulan Ogos 1971. Hanya pada tahun 1981 pihak kerajaan dengan usaha pelbagai pihak termasuk Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di bawah pimpinan Y.B Datuk Seri Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama di Malaysia dan di rantau ini telah direalisasikan.Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar.



Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepad satu pergerakan yang stabil dan bersigfat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.PKPIM juga menjalinkan jaringan utuh sebagai salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang aktif dalam aktiviti pembangunan belia. Malah beberapa tokoh pimpinan PKPIM pernah menjawat jawatan Presiden MBM. Jaringan PKPIM diperluaskan di peringkat antarabangsa di mana turut menjadi badan gabungan aktif dalam Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) dan menjadi anggota gabungan kepada Persekutuan Pelajar-Pelajar Islam Antarabangsa (International Islamic Federation of Student Organisation-IIFSO) sejak 1971, dan juga penaja kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEPIAT).



PKPIM hingga kini terus bergerak aktif dengan rangkaian yang cukup meluas dengan wujudnya badan gabungan PKPIM hampir setiap negeri dan kampus. PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.

Monday, June 9, 2008

Ukuran Sebuah CINTA

Di dalam Kitab Hayatus Shahabah halaman 524-525, diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'ad bin Abi Waqqash untuk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa'ad. Keduanya mulai berdoa. Sa'ad berdoa terlebih dahulu:
"Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dengan musuhku, berilah aku musuh yang sangat perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kepadaku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang)."

Abdullah mengaminkannya.

Tiba giliran Abdullah berdoa:
"Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: 'Man jada'a anfaka wa udzunaka?' (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika aku berjuang di jalanMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: 'Kamu benar!' (shadaqta)."

Sa'ad mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa'ad bercerita kepada anaknya, "Duhai anakku, doa Abdullah lebih baik daripada doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pada seutas tali."Kisah ini telah melukiskan sebuah cara untuk mengukur cinta kita pad aAllah. Sementara ramai yang berdoa agar mendapat itu dan ini, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dapat bertemu dengan Kekasihnya sambil membawa sesuatu yang bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada anda: "Dari mana kau peroleh hartamu di dunia?" Anda akan menjawab, "Harta itu ku peroleh dengan kolusi dan korupsi, dengan memalsu kuitansi, dengan mendapat cipratan komisi."

Allah bertanya lagi, "Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?""Ku hiasi hidupku dengan dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu." Allah dgn murka akan menjawab, "Kamu benar!"

Bandingkan dengan seorang hamba lain yang ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:
"Telah ku tahan lapar dan dahaga di dunia, telah ku basahi bibirku dengan zikir, dan telah ku curahkan waktu dan tenagaku untuk keagungan namaMu, telah ku hiasi malam ku dengan ayat suciMu dan telah ku letakkan dahiku di sejadah untuk bersujud pada kebesaranMu."Dan Allah akan menjawab, "Kamu benar!"

Duhai.. adakah kebahagian yang lebih dari itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yang bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yang akan menyenangkanNya?

Allahu a'lam..